Monday, October 19, 2009

wishing to

i wish to:::


sleep and never wake up
go and never came back

but, could i?






manusia tetap manusia.saya xpernah menidakkannya..manusia ada akal.manusia ada hati.dan seringkali hati mendahului akal.saya maklumi segala.namun bg saya,akal saya bertindak apabila hati saya berdetik.xkira apa.bukan semata2 hati.tapi hati adalah nadi akal saya.mungkin hati hanya dipengaruhi syaitan.tapi apabila akal bertindak sama,ianya akan stabil dan akan kembali pada asalnya.

apa yg saya lakukan,mesti saya dahului dengan perjalanan seterusnya.bukan saya mulakan dan kemudiannya saya mengikut sahaja apa yg terbentang seterusnya.saya punya matlamat diri.saya ada misi dan visi.dlm hidup,masa depan,hubungan.semuanya.kerana saya tak mahu terduduk mengalah ditengah jalan.walaupun xsemuanya akan berjalan seperti yang saya inginkan.saya ambilnya sebagai pengajaran hidup.sebagai bekalan dimasa depan.

ntah mengapa,saya sudah tidak punya rasa sekarang.pada dia.pada semua jawapannya.kerana dia sendiri tidak pasti.apa jadinya nanti.bukan saya minta untuk melawan takdir.melawan ketentuan.tp saya benci kerana hubungan ini tidak di lorongkan jalan sebagai haluan.saya benci berfikir seorang diri.sebab saya adalah seorang yg sgt memikir.

kian lama saya semakin kabur.saya sudah mula tak pasti.apakah ini hidup saya?dimasa lalu,iya.inilah hidup saya.tp,untuk masa2 yg akan datang,saya sudah nampak kabus yang melitupinya.kabur dan kelam.dan saya mulai berhenti memberi harapan.mungkin susah @ payah.tp yang pasti,apabila tiada lagi sinar cahaya untuk saya, yang hanya diluahkan adalah

pergilah.......



...................................................................................................................

**terima kasih faizal.awak dah bg saya jalan.awak dh buka hati saya menerima diri saya sendiri.menerima takdir dan jalan yang telah Allah ciptakan untuk saya.kenapa saya mesti persoalkan takdir saya?saya buntu hingga hampir hilang pedoman.terima kasih.sekurang kurangnya,awak berjaya yakinkan saya kenapa saya berada dalam keadaan sekarang.walaupun awak terpaksa mendengar esak tangisan saya sepanjang perbualan.terima kasih kerana tidak hina dan caci kebodohan dan kekhilafan saya.terima kasih kerana tunjukkan jalan yang sebenarnya terbentang didepan saya,namun saya masih sesat mencari jalan sebenarnya.terima kasih kerana berkata saya bukan insan yang tidak berguna sedangkan itulah yang saya rasa selama ini.terima kasih kerana nasihatkan saya tentang geloranya hidup manusia dan bagaimana saya harus hadapinya kerana saya hidup di dunia ini sebagai manusia.terima kasih untuk segalanya.saya malu tapi saya lega.Insyallah, saya tak akan lupakan nasihat awak**

No comments:

Post a Comment